Labuan Bajo kini menjadi salah satu destinasi primadona atau watak utama di timur Indonesia dek kerana keindahan alamnya yang memukau. Pengembaraan ke Labuan Bajo ini memiliki ciri istimewa yang anda tidak akan dapat di tempat lain iaitu suasana “life on board” di mana para pelancong yang ikut serta pakej ini akan bersama-sama menginap di atas Kapal Layar yang serba lengkap. Di samping dapat bersama-sama menjelajahi pulau – pulau indah serta eksotik yang ada di Labuan Bajo.
Destinasi yang dilawati:
– Pulau Padar
– Manta Point
– Pantai Pink
– Pulau Kalong
– Taka Makassar
– Pulau Kelor
– Pulau Sebayur
– Pulau Kanawa
– Pantai Manjerite
Hari Pertama (Pulau Kelor – Menjerite – Rinca – Kalong Rinca)
09.00 – 10.00 : Menjemput para peserta dari lapangan terbang atau hotel
10.00 – 10.30 : Berlayar menuju Pulau Kelor.
10.30 – 12.00 : Tiba di Pulau Kelor dan sesi bergambar serta mencari
spot – spot cantik untuk bergambar.
12.00 – 13.00 : Berlayar menuju Menjerite sambil menikmati makan
tengah hari sewaktu pelayaran
13.00 – 16.00 : meneruskan pelayaran menuju Pulau Rinca Komodo.
16.00 – 17.00 : Tiba di Pulau Rinca dan memulakan aktiviti menelusuri hutan untuk melihat Komodo.
17.00 – 18.00 : Kembali ke kapal dan menuju ke Pulau Kalong Rinca.
18.00 – 19.00 : Tiba di Pulau Kalong dan menikmati suasana matahari terbenam
19.00 – 20.00 : Makan malam serta acara bebas
20.00 – Selesai : Mandi, istirahat dan acara bebas.
*Pada waktu malam kapal akan meneruskan pelayaran menuju ke Pulau Padar dan akan bermalam di kawasan sekitar perairan Pulau Padar.
Hari Kedua (Pulau Padar – Pantai Pink – Manta Point – Taka Makasar – Pulau Sebayur)
05.00 – 06.00 : Bersiap sedia untuk memulakan aktiviti merentas hutan di Pulau Padar dan melihat suasana matahari terbit
06.00 – 08.00 : Menjalankan aktiviti di Pulau Padar
08.00 – 09.00 : Sarapan
09.00 – 11.00 : Berlayar menuju Pantai Pink (Long beach)
11.00 – 13.00 : Tiba di Pantai Pink dan memulakan aktiviti (Snorkeling) serta makan siang
13.00 – 15.00 : Berlayar menuju Manta Point dan bersiap sedia untuk berenang bersama Manta (ikan pari manta)
15.00 – 16.00 : Menjalankan aktiviti di Taka Makasar
16.00 – 17.00 : Berlayar menuju Pulau Sebayur
17.00 – 18.00 : Tiba di Pulau Sebayur, bersiap sedia untuk menikmati keindahan matahari terbenam
18.00 – 19.00 : Kembali ke kapal dan bersih diri
19.00 – 20.00 : Makan Malam kemudian di diteruskan dengan aktiviti bebas
*Malam kedua kapal akan berlabuh di sekitar perairan Pulau Sebayur
Hari Ketiga ( Pulau Sebayur – Kanawa – Labuan Bajo)
05.00 – 06.00 : Menikmati suasana matahari terbit di kapal sailing
06.00 – 08.00 : Perjalanan Menuju Pulau Kanawa
08.00 – 09.00 : Sarapan
09.00 – 12.00 : Aktiviti di Pulau Kanawa (snorkeling)
13.00 – 14.00 : Perjalanan Menuju Labuan Bajo
14.00 : tiba di Labuan Bajo.
*perjalanan selesai (menghatar peserta ke lapangan terbang Labuan Bajo)
Harga
1-8 PAX : 68.000.000
9-16 PAX : 78.000.000
16-20 PAX : 88.000.000
Harga Termasuk:
1. Kapal layar Phinisi
2. Pengangkutan penjemputan dari lapangan terbang/Hotel (Labuan Bajo) – tempat berkumpul (PP)
3. Pemandu pelancong berlesen yang diiktiraf HPI
4. Makan minum Selama di pelayaran
5. Jajanan ringan Selama di pelayaran
6. Air Mineral dan Kopi/Teh selama di pelayaran
7. Pelampung & Alat Snorkeling (Fin, Googleglass & Snorkel)
8. Dokumentasi perjalanan
9. Ranger (penjaga) di Taman Nasional Komodo
Harga Tidak Termasuk:
1. Tiket penerbangan (pengangkutan Menuju Meeting Point lapangan terbang Komodo)
2. Tipping (pemandu, pemandu pelancong, Ranger & kru Kapal)
3. Perbelanjaan Pribadi di Luar Program
4. Bayaran Tiket Masuk Taman Nasional Komodo (Pulau Komodo/ Pulau Rinca) & Pulau Padar (Untuk Peserta antara bangsa)
Terma dan Syarat:
1. Terbuka untuk semua, 1 orang pun juga boleh mendaftar.
2. Setiap peserta yang mendaftar wajib membayar wang deposit sebanyak 50% dari jumlah asal dengan menggunakan kaedah pembayaran yang tertera di laman web.
3. Baki pembayaran perlulah diselesaikan selewatnya 3 hari sebelum program.
4. Peserta diwajibkan untuk menghatar gambar dokumen identiti diri seperti kad pengenalan atau passport.
5. Wang deposit tidak dapat dikembalikan apabila peserta membatalkan perjalanan selepas pembayaran dilakukan.
6. Peserta dinasihati agar berada di tempat pertemuan tepat pada waktu. Sekiranya peserta tiba lewat tanpa alasan munasabah, pihak kami berhak untuk meninggalkan peserta tersebut tanpa sebarang bayaran pampasan dan ganti rugi.
7. Setiap kerosakan atau kehilangan akan dikenakan bayaran denda/ganti rugi.
8. Pihak KemanaLagi dapat membatalkan Perjalanan program dengan hal – hal tertentu diluar kemampuan dan wang deposit akan dikembalikan sepenuhnya.
9. Terdapat bayaran tambahan untuk peserta antarabangsa.
10. Peserta dianggap faham dan bersetuju dengan segala terma dan syarat yang dinyatakan di atas
For further information, please send us your inquiry by filling the form below! Or get in touch with us on WhatsApp +6281357623911
Yukbanyuwangi adalah jenama yang berdaftar dengan PT. Pratama Wisata Lintasnusa iaitu sebuah badan perundangan yang rasmi dan diakui oleh Kerajaan Republik Indonesia. Yukbanyuwangi juga merupakan penerima anugerah Pilihan Pelancong (Traveler Choice) 2023 yang diberikan oleh pihak Tripadvisor.