Bintang – bintang pelancongan terkenal Jawa Timur berada di dalam satu pakej! Kami menawarkan pengalaman yang lengkap dengan mengunjungi destinasi – destinasi terpaling indah yang sedang dicari oleh semua pelancong di seluruh dunia kepada anda. Kami menyediakan kemudahan yang lengkap yang dapat menjamin kenyamanan perjalanan anda sepanjang program.
Destinasi yang dilawati:
– Desa Pronojiwo
– Panorama Tumpak Sewu
– Goa Tetes
– Goa Bidadari
– Tebing Nirwana
– Bromo Sunrise Point
– Bukit Widodaren
– Pura Luhur Poten
– Kawah Bromo
– Pasir Berbisik
– Bukit Teletubies
– Kawah Ijen Caldera
– Blue Fire
Hari 1
– Menjemput para peserta di Lapangan Terbang Juanda, Surabaya. Kami juga boleh menjemput di lokasi – lokasi lain seperti hotel atau stesen keretapi.
– Bertolak menuju ke Lumajang. Perjalanan dijangkakan mengambil masa sekitar 4 jam.
– Check in homestay. Jika hari masih siang, kami akan membawa anda bersiar – siar di sekitar Desa Pronojiwo untuk melihat keindahan panorama Gunung Semeru yanh tersergam indaph.
– Makan malam dan istirahat
Hari 2
– Selepas selesai sarapan pagi, kita akan terus berangkat menuju ke Air Terjun Tumpak Sewu untuk mendapatkan spot panorama yang cantik dan indah.
– Setelah tiba di tempat parking kenderaan, anda akan dijemput untuk bergambar dengan panorama Air Terjun Tumpak Sewu dari atas sebelum turun untuk melihatnya dengan lebih dekat dan jelas
– Perjalanan menuju ke kawasan air terjun mengambil masa sekitar 1 jam dan sebaik tiba sahaja di sana, anda akan dibawa untuk melihat langsung keindahan air terjun tersebut.
– Anda juga akan dibawa untuk mengunjungi Gua Tetes, Gua Bidadari dan Tebing Nirwana yang sering kali anda lihat di beranda Instagram serta Tiktok anda.
– Selepas hari mulai siang, kita akan kembali semula ke kawasan atas untuk makan tengah hari serta pulang semula ke homestay dan check out
– Terus menuju ke desa Cemorolawang di mana perjalanan mengambil masa sekitar 4 ke 5 jam perjalanan. Setibanya di Cemorolawang, anda akan dihantar ke hotel untuk check – in serta makan malam dan istirehat.
Hari 3
– Pada awal waktu pagi anda akan dijemput oleh kru kami untuk memulakan perjalanan dengan menaiki jeep.
– Anda akan mengunjungi ke spot pertama untuk melihat matahari terbit di puncak Sunrise Point.
– Setelah hari mula terang dan selepas selesai bergambar, perjalanan akan diteruskan ke Bukit Widodaren
– Bergambar dengan berlatar belakangkan Bukit Widodaren yang sangat ikonik
– Mengunjungi Kawah Bromo dengan latar belakang Gunung Batok dan melalui Pura Luhur Poten
– Merentasi Pasir Berbisik dan mengunjungi Bukit Teletubbies
– Kembali ke tempat penginapan untuk bersih diri dan sarapan pagi
– Selepas selesai bersih diri dan sarapan pagi, kita akan check-out dari tempat penginapan dan akan terus menuju ke kota Banyuwangi. Perjalanan mengambil masa sekitar 7 jam. Anda akan dibawa untuk menelusuri Pantai Utara Pulau Jawa yang cukup indah sepanjang perjalanan
– Sewaktu perjalanan, kita akan berhenti untuk makan tengah hari di restoran yang searah ke Banyuwangi
– Check-in Hotel
– Makan malam dan istirahat
Hari 4
– Anda akan dijemput semula pada pukul 12 malam untuk terus menuju ke Gunung Ijen
– Setibanya di Gunung Ijen, perjalanan akan diteruskan dengan berjalan kaki dengan jarak 3km (sekitar 2 jam) untuk melihat keindahan fenomena api biru di Kawah Ijen
– Selepas matahari terbit, anda akan melihat pemandangan kaldera (runtuhan letusan gunung berap) yang berwarna hijau yang mana sangat indah dan mengasyikkan dan ikonik
– Selepas selesai program, anda akan dibawa kembali semula ke hotel dan sarapan serta istirehat
– Check-out Hotel dan makan tengah hari
– Pulang semula ke Surabaya. Perjalanan mengambil masa sekitar 7 jam. Semasa di perjalanan, kami akan menghantar anda untuk membeli buah tangan khas Jawa Timur sebelum menghantar anda ke tempat tujuan (hotel/ lapangan terbang/ stesen keretapi)
Harga
2 Pax: RM 1.533/Pax
3 Pax: RM 1.273/Pax
4 Pax: RM 1.242/Pax
5 Pax: RM 1.227/Pax
6 Pax: RM 1.212/Pax
7 Pax: RM 1.136/Pax
8 Pax: RM 1.098/Pax
9 Pax: RM 1.045/Pax
10 Pax: RM 1.015/Pax
Harga termasuk:
– Penginapan 1 malam di area Tumpak Sewu (Tumpak Sewu Homestay / Yanto Homestay / De corner homestay)
– Penginapan 1 malam di area Bromo (Café Lava / Parama / Cemoro Indah)
– Penginapan 1 malam di area Banyuwangi (Ketapang Indah / Illira / Luminor / setaraf)
– Pengangkutan sepanjang hari (perjalanan peribadi 2-4 orang menggunakan Xenia / Avanza, 5 – 6 orang menggunakan Innova, 7 – 10 orang menggunakan Hi-ace)
– Tiket lawatan seperti dalam jadual perjalanan (tidak ada pembayaran lain sepanjang lawatan)
– 3x sarapan at Hotel & Homestay, 4x makan tengah hari, 3x makan malam
– Air mineral
– Shuttle jeep di Bromo
– pemandu merangkap pemandu pelancong
Harga tidak termasuk:
– Perbelanjaan pribadi
– Makanan dan tempat lawatan tambahan
Keterangan:
– Agenda perjalanan fleksibel menyesuaikan dengan jadual ketibaan dan kepulangan Anda
– Sila kan hubungi kami untuk mengatur jadual perjalanan dan kemudahan anda, klik disini
– boleh lihat juga pakej kami yang
For further information, please send us your inquiry by filling the form below! Or get in touch with us on WhatsApp +6281357623911
Yukbanyuwangi adalah jenama yang berdaftar dengan PT. Pratama Wisata Lintasnusa iaitu sebuah badan perundangan yang rasmi dan diakui oleh Kerajaan Republik Indonesia. Yukbanyuwangi juga merupakan penerima anugerah Pilihan Pelancong (Traveler Choice) 2023 yang diberikan oleh pihak Tripadvisor.